Friday, 13 July 2012

oh ibu !!

Aku merindui ibuku tanpa batas..
Bukan hanya pada saat ini..
Tapi pada tiap detik yg berlalu..

Aku menyayangi ibuku tanpa henti..
Bukan hanya pada saat ini..
tapi pada tiap masa yg berlalu..
Sekalipun bukan dia yg membesarkan aku..
Tapi dia insan mulia yg mengusung aku ke mana jua semasa aku dalam kandungannye..

Makkk!!
Adik sayang mak..
Walaupon bukan mak yg besarkan adik, adik tetap sayang mak sampai bila2..
Mak & Mama, dua2 adik sayang..
Takde beza.. Cuma jarak membataskan adik selalu jumpa mak..

Keahuilah,
Adik sayang mak.. Adik selalu rindu mak.. Walaupon adik dduk dgn org lain..
Jaga diri baik2 mak.. Adik doakan mak sihat selalu.. Panjang umo.. Semoga mak di lindungi di bawah lembayung kasih sayang Allah..

Tuesday, 10 July 2012

kenangan lagi !! tidakkk ~~

hye bloggers !!


lame gile x update story kat sini.. tetiba tergerak plak nak taip story ni.. sbbnya tetiba jer teringat..

aku merindui dia yg jauh seperti hari-hari sebelumnya.. kerana antara kami tiada yg beza.. maka, keadaan tu terlalu sempurna untuk kami menjadi satu dalam istilah berkasih.. mungkin itu sebabnya kami tak dapat meneruskan apa yg perlahan kami bina dengan ketulusan hati & kepayahan yg tak tertanggung.. tapi pengakhiran ini bukanlah suatu penghujung cerita.. kerana ianya baru bermula.. ia membuka mata aku yg nyata, aku x temui cinta seperti itu lagi selepas dia.. mgkin dia bukan cinta agung.. dia juga bukan cinta abadi.. tapi dia sgt melengkapi.. menjadikan kami terlalu sempurna.. tanpa kata kami boleh membaca hati masing-masing.. mgkin ada sedikit jemu.. tanpa airmata pertelingkahan, tanpa sedikit pon rasa cemburu kerana kami saling percaya.. segalanya tampak canggung.. 

aku mencintai dia kerana Allah.. aku menerima dia kerana Allah.. aku mengasihi, menyayangi & merindui dia juga kerana Allah.. kerana Allah temukan kami dalam keadaan yg tak di duga.. kami saling menjadi penyembuh duka lama.. aku belajar menerima, menyayangi, mengasihi & mencintai dia dengan sisa hati yg hancur.. semua yg berlaku hanya dengan izin Allah.. & perpisahan itu jua berlaku atas kehendak yg Maha Esa.. 

Ya Allah, kau lindungi dia dengan lautan kasih sayangmu.. kasihi dia dengan cintamu yg tak bertepi.. jangan kau biarkan sedikit pun rasa kasih sayang mu padanya berkurangan.. semoga dia sentiasa beringat kau sentiasa ada buatnya kala susah dan senang.. ingati dia agar mengingatimu sepanjang masa.. semoga kasih sayangmu pada kami takkan berkurangan.. semoga dengan kasih sayangmu itu kami mampu hadapi hari-hari sukar kami tanpa perlu kami menoleh kebelakang lagi..

Friday, 25 May 2012

macam macam

selamat malam semua blogger!!

dah lama x conteng2 & merepek kat sini..

malam ni mood mmg tah ape2..

jom kita dengar lagu jiwa2 ni..

selamat menghayatinya. :)

lagu ni mengingatkan aku kat seseorang.. sedih.. rindu.. semua bercampur.. ohh !! air mata menitis lagi..



malam ni first time dengar lagu ni.. sedih wooo.. tangkap gak sangkut lam ati jadi sebak..





lagu ST12 yg ni mmg tangkap leleh.. sbb wat aku sambung nanges.. hahah..




selamat berehat & jumpa lagi dalam post2 yg akan datang..

Monday, 7 November 2011

bulan !!

wahh ~~
betol ke pandang bulan bole nampak org yg kita sayang ?
kalau mcm tu bole x nak simpan bulan kat uma ?

mmg gila bila ape yg hati mau tak tercapai ..
walau mustahil tetap mahu juga ..

oh bulan !!
kau byk memberi erti ..
setia menemani tiap malam walau kau kadangkala di liputi awan ..


moral : bulan itu lambang kesetiaan ..

p/s : selamat malam readers !!

^_^

Thursday, 15 September 2011

boleh tak ..

okeh ..
storyy !!

malam semalam ade la sikit majlis makan2 kat rumah aku ..
menjemput semua teman2, keluarga & sabahat handai yg terdekat ..
menjemput seseorang yg istimewa ..


tak pernah lupus dari ingatan ..
terlalu dekat hingga terlalu sukar melepaskan dan melupakan ..
ohhh ~~
kiranya kau tahu ..


sgt terharu dia nak jejak kaki kat rumah ni lagi ..
sangat terharu bila dia boleh berborak dengan papa ..
sangat terharu dia boleh bergaul dengan tetamu yg ada ..

semoga satu hari nanti ada sinar buat kami ..
semoga dalam sedar @ tidak aku akan redha pada ketentuan Ilahi ..


nak make a wish laa ..

* boleh tak kita jadi macam dulu lagi ?
* boleh tak kita terus rapat ?
* boleh tak kita terus berkawan ?
* boleh tak kita jangan berjauhan lagi ?
* boleh tak awak duduk di sisi saya selalu macam dulu ?
* boleh tak saya nak awak selalu ada untuk saya tak kira susah, senang, sakit, gembira @ pun sedih macam dulu ?
* boleh tak saya nak kongsi semua suka duka hidup saya dengan awak macam dulu ?
* boleh tak tenung saya dengan penuh pengertian & menenangkan perasaan macam dulu ?
* boleh tak saya nak nangis kat bahu awak macam dulu ?
* boleh tak lindungi saya macam awak lindungi saya dulu ?
* boleh tak awak terus usap tangan saya untuk mengalirkan rasa ketenangan macam dulu ?
* boleh tak awak tepuk mesra tangan saya untuk beri saya kekuatan macam dulu ?
* boleh tak awak sorang je yang lap air mata saya bila saya sedih macam dulu ?
* boleh tak awak terus wujud dalam hidup saya macam dulu ?
* boleh tak saya nak tunggu awak sampai bila-bila ?
* boleh tak kalau saya tak nak terima orang lain selain awak ?
* boleh tak saya nak tengok senyum awak yg menyegarkan tu tiap pagi & malam ?
* boleh tak saya nak duduk di sisi awak sepanjang hayat saya ..
* boleh tak saya nak jaga awak seumur hidup saya ?
* boleh tak saya nak abes kan sisa hidup saya dengan awak ?
* boleh tak awak jadi kan semua ni satu kenyataan ?
* boleh tak kalau saya btau awak semua ni awak janji takkan pegi jauh dari idop saya ?
* boleh tak ?
* boleh tak awak ?
* boleh takkk ?

~ awak taklah sesempurna mana ..
~ tapi cukup untuk mengisi kekosongan jiwa ..
~ boleh tak awak yg wujud depan mata saya ni terus di situ .. agar mudah di gapai .. mudah di sentuh .. & mudah di lihat ..
~ seksa jiwa menanggung rasa .. bila awak yg dekat ni terasa jauh ..

ternyata hati sgt sukar di duga .. jauh bertahun di biar sepi .. namun ianya kekal utuh .. masih bersisa ..  kala anugerah terbaik di tinggal sepi .. sukar untuk mendapatkannya kembali ..
semoga dengan kasih sayang ALLAH akan memudahkan segalanya ..

p/s : sedap menu majlis arini .. mama memang tukang masak terbaekkk .. wajib belajar masak dengan mama ni ..

p/s : mama suh bungkuskan awak makanan tadi .. awak istimewa di mata kami .. tapi awak sering menidakkan .. awak yg menjarakkan kita .. awak yg buat kita semakin jauh ..

NIGHTY NYTE u olls !!~ ^_^

Sunday, 28 August 2011

ceritera puasa 2011 ..

akhirnya ..
setelah bertahun memendam rasa ..
keputusan harus di buat ..
x rela hati terus di sakiti ..


hadoii ..
tekad dah bulat ..
keputusan dah muktamad ..
harus di letakkan nokhtah pada perhubungan itu ..


pada bulan puasa yg mulia ini tamatlah segalanya ..
terlerailah segalanya ..
sesungguhnya ALLAH pasti menjanjikan yg lebih baik untukku ..
heee ~~
* misi raya : mencari calon .. wahh !!


p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUA ..
semoga ketemu lg ramadhan tahun depan (insyaallah) ..

Wednesday, 22 June 2011

buaian rasa ~

teringat je lagu ni ...



makan dalam betul la lagu ni ..
saya sukakannya !! :)



tah dah berapa kali post lagu ni ..
tapi tetap nak post lg ..
sgt suke !! ^_^

BILA LELAKI BETUL-BETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN ..

  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Thursday, 16 June 2011

sedih pulak ..

adehhh ..
sedih pulakkk ..

nora elena da abes ..
cerita ni mmg banyak bg impak pada peminat-peminat drama komedi romentik termasuk la aku &&& para asben di opisku ..
huhuhuhu ..

lagu2 dia mmg terbaekk ..
bg kesan mendalam & penuh dengan makna ..

pasni aku akan merindui seth & nora elena ..
bole tak nak make a wish ..
nak boypren & asben mcm seth tuh ..
nak sangat-sangat ..

p/s to dedear : awak x nak jadik macam seth ke ? heheheh ..

di sini disertakan sekali OST NORA ELENA ~
semoga terhibur !!

Dan Bila Esok (OST Nora Elena)


Asfan - Terhenti Disini (OST Nora Elena)


Jangan kau pergi - Erry Putra , Reen & Shajiry (OST Nora Elena)


 Sesuatu Yang Berbeza (OST Nora Elena)



Berubah - Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)



*** lagu berubah ni memang terbaekk .. 
tiap kali dengar mengalir je air mate .. huahuahua ..

p/s to dedear : sy dedikasikan lagu ni khas untuk awak ..
tiba-tiba kini kau telah berubah .. apakah salahku .. huhuhuhu ~~



MOOD : runsing NORA ELENA da abes .. ohoiii ~~

di penghujung ..

ketika segala rasa kian berbaur ..
terasa semuanya hampir tiba di penghujung ..
penghujung pada satu kisah hati ..
penghujung pada suatu episod kehidupan ..
tika segalanya ahmpir tiba di penghujung ..
segalanya kian kabur ..


wahai hati ..
kekal cekallah ..
bersemangatlah ..
positiflah ..
agar kau mampu menghadapi hari esok dengan senyuman yg mengindahkan hari insan lain ..


Ya ALLAH ya Tuhanku ..
bantulah hambamu ini ..
berikanlah sedikit sinar untukku tempuh lagi hari esok meskipun tanpanya ..

limpahi rahmatmu padanya agar menjadi hambamu yg tegar pada agamaya, pada keluarganya, pada sekalian sahabatnya & mereka yg di sekelilingnya ..


Ya Rahman ..
kiranya aku hambamu yg jahil ini ..
mohon dilindungi di bawah rahmatmu ..
mohon di lindungi dari segala kesedihan, kekecewaan, petaka, bencana & org2 yg ingin menzalimiku ..
sesungguhnya,
kaulah sebaik=baik tempat aku mengadu ..


apabila manusia sering lupa pada janji ..
mudah berubah dengan sendiri ..
ketika rasa diri di khianati & tidak di perlukan lagi ..
ada yg tersedar ..
dia harus undur diri ..


p/s : mood ; menangis .. (syg + rindu + sakit + teruji = hanya redha yg ku mampu ..)

tika langit seakan mengerti mendungnya rasa hati ..
tika itu dentuman guruh, kilat sabung menyabung & angin kencang seakan membuai rasa ..
seakan memahami hati seorang manusia ..
seakan mengerti segala rasa & kekusutan di minda manusia tersebut ..
kembalilah sujud pada yg MAHA PENCIPTA ..
semoga hidupmu sentiasa di bawah lembayung rahmatnya ..


p/s to dedear : saya rindu awak sangat-sangat okehh !! harap awak mengerti ..

lagu ni tok awak .. semoga anda hayati liriknya .. :)



selamat berehat semua !!   ^_^

Template by:

Free Blog Templates